LAPORAN PROGRAM ORIENTASI PUSAT SUMBER PELAJAR TINGKATAN 1 DAN PERALIHAN 2012
1. Nama aktiviti:
Program Orientasi PSS pelajar tingkatan 1 dan peralihan 2012
2. Sasaran:
Semua pelajar tingkatan 1 dan peralihan 2012.
3. Tarikh:
10 Januari 2012 dan 11 Januari 2012
4. Masa:
10.30 pagi – 11.50 pagi (1 Berlian dan 1 Nilam di sesi pagi)
1.15 petang – 3.15 petang (Peralihan dan Tingkatan 1 Sesi Petang)
5. Tempat:
Pusat Sumber SMKIE
6. Ulasan:
Sebelum- Sebelum Program Orientasi PSS, pelajar-pelajar tidak tahu kedudukan sebenar Pusat Sumber, pelajar juga tidak datang ke PSS untuk membaca buku dan meminjam buku, dan banyak peraturan di PSS yang pelajar tidak ketahui. Pelajar juga kurang pendedahan berkaitan Program NILAM.
Semasa- Pelajar-pelajar memberi kerjasama dengan mendengar penerangan berkaitan PSS dan Program NILAM dengan teliti. Ada pelajar yang membawa buku NILAM semasa Program Orientasi. Guru matapelajaran juga memberi kerjasama yang baik semasa program berlangsung. Pengawas PSS juga banyak membantu.
Selepas- Sehari selepas program, ramai pelajar yang hadir ke PSS untuk membaca buku dan meminjam buku. Selain itu pelajar juga mengikut peraturan yang ada di Pusat Sumber.
7. Kekuatan:
Kerjasama antara pengawas pusat sumber dan guru matapelajaran menjadikan program berjalan dengan lebih lancar. Pelajar juga memberi respon yang baik semasa program dan selepas program. Pelajar berbangsa cina juga diberikan penerangan dalam bahasa cina oleh Pengawas PSS yang bertugas.
8. Kelemahan:
Kelemahan dilihat dari segi masa yang diambil oleh pelajar untuk berjalan ke Pusat Sumber agak lama kerana kedudukan kelas dan Pusat Sumber yang agak jauh.
9. Cadangan Memperbaiki:
Diharap pada tahun hadapan, Program Orientasi dalam dijalankan dalam masa yang lebih panjang supaya lebih banyak input yang boleh diberi kepada pelajar.
10. Bahan bukti:
Guru Perpustakaan dan Media iaitu Cik Norhamila Binti Norden memberikan taklimat kepada pelajar-pelajar.
Pengawas Pusat Sumber yang membantu guru memberi taklimat dalam Bahasa Mandarin kepada pelajar berbangsa Cina.
Guru Perpustakaan dan Media memberi taklimat bersama-sama Penolong Pengerusi Pengawas Pusat Sumber, Lee Yong Kheng.
Guru Perpustakaan dan Media menunjukkan rak buku yang ada di Pusat Sumber.
1 comments:
Tahniah AJK kerja Pusat Sumber.
Post a Comment