Subscribe:

SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN PSS

PUSAT SUMBER SEKOLAH



  1. PSS hanya dibenarkan penggunaanya pada waktu P&P bagi matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris bagi Program NILAM
  2. Guru yang ingin membawa pelajar ke PSS hanya dengan tujuan pengajaran berfokus dibenarkan. (Penggunaan Bahan Bercetak dan Bahan Bukan Cetak)
  3. Waktu ketiadaan guru, guru ganti digalakkan membawa murid ke PSS untuk mencari maklumat atau menonton rakaman astro yang telah dirakam oleh guru PSS tetapi guru dikehendaki menempah waktu penggunaan lebih awal kerana dikhuatiri bertindan dengan waktu Program NILAM kelas lain.
  4. Program NILAM Pusat Sumber akan diseliakan sepenuhnya oleh guru-guru bahasa
  5. Buku NILAM pelajar hendaklah disemak oleh guru bahasa setiap bulan dan meletakkan semula buku NILAM pelajar di Rak Buku NILAM selepas disemak bagi memudahkan pengumpulan data NILAM setiap bulan  oleh Penyelaras NILAM.
  6.  Jadual Penggunaan PSS bagi program NILAM akan dikeluarkan oleh Guru Perpustakaan dan Media setiap bulan.
  7. Guru Bahasa melayu dan Bahasa Inggeris wajib membawa pelajar ke PSS untuk Program NILAM mengikut jadual yang telah diberikan oleh Guru Perpustakaan dan Media.
  8. Guru yang membawa pelajar ke PSS wajib memastikan pelajar tidak membuat bising, memasukkan kerusi di bawah meja selepas digunakan dan meletakkan buku yang telah dibaca di atas troli dan mengikut peraturan PSS yang lain.
  9. Guru-guru dikehendaki menempah waktu penggunaan PSS dan Bilik SAL/Astro lebih awal bagi mengelakkan pertembungan masa dengan kelas lain.
  10. Hanya 1 kelas sahaja dibenarkan menggunakan PSS pada satu-satu masa.