PENGENALAN
Kempen menderma buku di SMK Impian Emas sudah dimulakan pada tahun 2005 lagi. Tetapi ia terhenti untuk beberapa tahun. Jadi pada tahun ini digerakkan semula kempen menderma buku dengan program 1 Murid 1 Buku dengan harapan setiap pelajar di SMK Impian Emas sekurang-kurangnya dapat menyumbang sebuah buku kepada Pusat Sumber SMK Impian Emas. Memandangkan jumlah buku di Pusat Sumber masih belum mencapai nisbah 1 pelajar 20 buku, diharap dengan kempen ini dapat meningkatkan nisbah buku kepada pelajar dengan 1 : 15.
MATLAMAT
Menambahkan koleksi buku Pusat Sumber SMK Impain Emas untuk kegunaan pelajar.
OBJEKTIF
- Menggalakkan ibu bapa beramal melalui sumbangan buku-buku yang diber kepada pusat sumber sekolah
- Menambahkan bilangan koleksi buku-buku kepada ratio pelajar dan bilangan buku 1:15
- Menambahkan koleksi bacaan di perpustakaan setanding dengan penambahan bilangan murid di SMK Impian Emas.
- Menjadikan murid berasa bangga dengan sumbangan mereka untuk perkongsian ilmu.
SASARAN
- Semua pelajar SMK Impian Emas, Johor Bahru
STRATEGI PELAKSANAAN
- Membawa kertas cadangan untuk dibincangkan dan mendapat persetujuan Tuan Pengetua
- Mengumumkan Kempen kepada pelajar dan guru melalui perhimpunan
- Menggantung banner di luar sekolah agar ibu bapa maklum berkaitan ini
- Mengedarkan surat makluman lepada relajar untuk diserahkan lepada guru.
- Pelaksanaan program (kutipan buku)
JENIS BUKU YANG DIKEHENDAKI
1. Buku rujukan mata pelajaran peringkat menengah.
2. Buku Fiksyen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
3. Buku bacaan umum (ilmiah)
TARIKH PELANCARAN KEMPEN : 13 Februari 2012
TARIH KUTIPAN BUKU : 20 Februari 2012
PENGURUSAN : Diuruskan sepenuhnya oleh guru-guru Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber SMK Impian Emas 2012 dan Pengawas Pusat Sumber 2012
TEMPAT : 1. Dataran Perhimpunan SMK Impian Emas
2. Pusat Sumber Gedung Ilmu Ungku Aziz, SMK Impian Emas
PENUTUP
Diharap Kempen Menderma Buku ini mendapat sambutan semua pelajar dimana ia dapat meningkatkan nisbah bilangan buku dengan bilangan pelajar iaitu 1:20
0 comments:
Post a Comment