1. Nama aktiviti:
Majlis watikah perlantikan Pengawas Pusat Sumber sesi 2012.
2. Sasaran:
62 orang Pengawas Pusat Sumber SMK Impian Emas sesi pagi dan sesi petang tahun 2012.
3. Tarikh:
27 Februari 2012 (Isnin)
4. Masa:
7.30 pagi semasa perhimpunan rasmi sekolah.
5. Ulasan:
Sebelum- Semua pengawas pusat sumber memberi kerjasama yang baik semasa latihan untuk majlis watikah perlantikan dan hadir untuk majlis raptai.
Semasa- Ada sebahagian pengawas pusat sumber yang tidak dapat hadir pada saat akhir serta ada yang hadir lewat pada majlis tersebut. Secara keseluruhannya, kerjasama antara pengawas dan guru-guru yang terlibat amat baik.
Selepas- Selepas majlis watikah, pengawas pusat sumber menjadi lebih bersemangat untuk bertugas, mungkin semangat diambil dari ikrar yang dibacakan semasa majlis watikah tersebut.
6. Kekuatan:
Kerjasama antara pengawas pusat sumber, mendengar arahan ketua pengawas dan guru dengan baik. Pengawas pusat sumber segak memakai uniform rasmi mereka dan mendapat tepukan gemuruh daripada pelajar-pelajar lain. Keberanian dan semangat mereka menjadi inspirasi pelajar lain.
7. Kelemahan:
Kelemahan dilihat dari segi kehadiran ke sekolah pada pagi majlis tersebut, kerana ada sebahagian yang hadir lewat.
8. Cadangan Memperbaiki:
Diharap pada tahun 2013, majlis watikah di atur dengan lebih baik. Diharap juga pengawas pusat sumber akan lebih berdisiplin pada masa akan datang.
9. Bahan bukti:
Isma Qamar Ammar iaitu Ketua Pengawas Pusat Sumber 2012,dan Lee Yong Kheng, Naib Pengerusi Pengawas PSS mengetuai bacaan ikrar Pengawas Pusat Sumber.
Sebahagian Pengawas Pusat Sumber melafazkan ikrar.
0 comments:
Post a Comment