Subscribe:

PENGENALAN PSS

MAJLIS RINGKAS PEMBUKAAN GEDUNG ILMU UNGKU AZIZ
UNTUK PENGGUNAAN WARGA SMK IMPIAN EMAS DISEMPURNAKAN OLEH
TUAN PENGETUA, EN. SAIBI IBRAHIM (KINI MANTAN PENGETUA SMKIE)
PADA 22 APRIL 2004 (KHAMIS) JAM 10.10 PAGI.


















Pengenalan:

           Pusat Sumber Sekolah (PSS) ialah sebuah pusat yang dilengkapi dengan
bahan cetak, peralatan dan kemudahan sebagai bantuan atau sokongan
bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang disesuaikan dengan keperluan
kurikulum sekolah bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan untuk individu dan kumpulan.


           PSS merupakan satu gedung ilmu pengetahuan di mana individu atau
kumpulan dapat mencari, memperkaya dan mempertinggi pengalaman
dan pengajian. PSS juga merupakan agen perubahan dalam sesebuah
sekolah ke arah perkembangan potensi dan minat individu serta
kerjasama kumpulan.

         PSS juga merupakan satu sistem yang dinamis dan praktikal dalam pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan kerana PSS memberikan peluang dalam
perkhidmatan yang mencapai aktiviti-aktiviti seperti membaca, menyebut, menulis,
menyelidik, berbengkel, mengulangkaji serta membuat rujukan secara terpimpin
atau bersendirian.

   
          PSS yang berkesan dilengkapkan dengan koleksi bahan-bahan buku dan bukan
buku. PSS juga menyediakan bahan-bahan kemudahan untuk kegiatan rekreasi
seperti buku-buku fiksyen, majalah-majalah, suratkhabar dan permainan-permainan.

0 comments:

Post a Comment