Subscribe:

Tuesday 15 May 2012

LAPORAN PELANCARAN PROGRAM NILAM 2012

LAPORAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2012

1. Nama aktiviti:
   Majlis Pelancaran Program NILAM 2012

2. Sasaran:
Semua pelajar SMKIE, diwakili oleh pelajar sesi pagi

3. Tarikh:
    20 Februari 2012 (Isnin)

4. Masa:
     7.30 pagi semasa perhimpunan rasmi sekolah.

5. Ulasan:
Sebelum- Pelajar-pelajar SMKIE tidak maklum berkaitan Program NILAM untuk tahun 2012 di mana pada tahun ini AJK NILAM memperkenalkan pelajar Rakan Pembaca kepada guru-guru dan pelajar-pelajar.

Semasa- Pelajar lain yang menyaksikan majlis palancaran Program NILAM sangat teruja apabila menyaksikan persembahan seloka pantun berkaitan Program NILAM daripada wakil pelajar. Pada tahun ini juga diperkenalkan pelajar Rakan Pembaca seramai 8 orang iaitu: Haziqah, Janaane, Mageswaran, Sri Kailaasha, Norshaidah, Norhidayah, Foo Suh Juan dan Siti Nadia.

Selepas- Selepas majlis pelancaran NILAM, pelajar lebih maklum berkaitan NILAM tahap kedua iaitu Rakan Pembaca. Bacaan NILAM juga menjadi lebih baik. Pelajar juga lebih giat membaca dan mencatat di dalam buku NILAM.

6. Kekuatan:
Keberaniandan semangat pelajar Rakan Pembaca menjadi inspirasi pelajar lain
7. Kelemahan:
Kelemahan dilihat dari sei kehadiran pelajar ke sekolahpada majlis tersebut. Sebahagian pelajar datang lewat. Selain itu masa yang diperuntukan untuk majlis ini terlalu suntuk, jadi majlis dijalankan agak tergesa-gesa.

8. Cadangan Memperbaiki:
     Diharap pada tahun 2013, majlis watikah di atur dengan lebih baik.

9. Bahan bukti:

Pn Hjh Fatimah, Penolong Kanan Pentadbiran merasmikan Program NILAM 2012.






Persembahan pelajar, Seloka Pantun NILAM.






Barisan pelajar Rakan Pembaca SMK Impian Emas 2012.

0 comments:

Post a Comment