Subscribe:

Tuesday, 15 May 2012

LAPORAN PERTANDINGAN MEMBINA BLOG

LAPORAN PERTANDINGAN MEMBINA BLOG PUSAT SUMBER
 SMK IMPIAN EMAS, JOHOR BAHRU


1. Nama aktiviti:
   Pertandingan Membina Blog Pusat Sumber SMK Impian Emas, Johor

2. Sasaran:
Pelajar Sesi Pagi 2012

3. Tarikh:
    2 April 2012 hingga 27 April 2012

4. Masa:
    1 Bulan, Sesi Penyampaian hadiah pada 30 April 2012

5. Tempat:
    Pusat Sumber SMKIE, dan di rumah peserta

6. Ulasan:
   
    Sebelum- Sebelum Pertandingan Membina Blog Pusat Sumber SMK Impian Emas, Pusat Sumber sekolah tidak mempunyai blog mahupun laman web yang dapat menghubungkan Pusat Sumber dengan pelajar,guru dan orang awam secara maya. Sebelum pertandingan juga tidak dapat diketahui bakat-bakat pelajar dalam menghasilkan blog.

    Semasa- Ramai pelajar yang mengambil boring penyertaan, tetapi hingga minggu terakhir hanya 6 orang pelajar yang serius menghasilkan blog PSS. Pelajar dibekalkan dengan bahan yang dimuatkan di dalam komputer di PSS. Pelajar berusaha mendapatkan maklumat-maklumat penting untuk dimuatkan di dalam blog PSS.

    Selepas- Setelah tamat tarikh tutup iaitu 27 April 2012, penilaian dibuat selama 2 hari iaitu pada 28 dan 29 April oleh Guru Perpustakaan dan Media, Cik Norhamila serta Guru ICT, Pn Isni Mimiyana. Hasil daripada penilaian didapati blog yang dibina oleh Muhammad Qurnia Amirul bin Mohd Radzi dari Tingkatan 4 Nilam adalah blog yang terbaik dan paling lengkap.

7. Kekuatan:
    Dapat mencungkil bakat pelajar dalam pembinaan blog dan mendekatkan pelajar dengan Pusat Sumber SMK Impian Emas.

8. Kelemahan:
    Kelemahan dilihat dari segi masa yang diambil untuk menyiapkan blog ini adalah singkat jadi blog yang dihasilkan kurang lengkap serta peratusan bilangan pelajar yang menyertai pertandingan ini terlalu sedikit.
                                                                                                         
9. Cadangan Memperbaiki:
     Diharap blog rasmi PSS iaitu www.smkiepss.blogspot.com dapat dikemaskini dengan lebih teratur, kemas dan berinfo.


10. Bahan bukti:








Johan Pertandingan Membina Blog Pusat Sumber SMK Impian Emas,
Muhammad Qurnia Amirul bin Mohd Radzi, Tingkatan 4 Nilam.

0 comments:

Post a Comment