Antara aktiviti yang dijalankan di Pusat Sumber SMKIE ini ialah :
MELAYARI INTERNET
MENYIAPKAN KERJA BERKUMPULAN
MENGULANGKAJI PELAJARAN
Thursday, 26 April 2012
Sunday, 22 April 2012
ORGANISASI PENGAWAS PSS SMK IMPIAN EMAS
PENYELARAS
CIK NORHAMILA BINTI NORDEN
PENOLONG PENYELARAS
PN. RANI A/P VARAYANASAMY
GURU PERPUSTAKAAN
PN. HJH ROBIAH BT YA’AKOB
PN. NURUL IZATI HANISA BINTI AHMAD
KETUA PSS SESI PAGI
ISMA QAMMAR AMMAR BIN JUFFRI
KETUA PSS SESI PETANG
NURATIKAH BINTI MOHD JEHAN
PENOLONG KETUA PSS SESI PAGI
LEE YONG KHENG
PENOLONG KETUA PSS SESI
PETANG
MOHAMMAD SHARIE BIN MOHD NOR
SETIAUSAHA SESI PAGI
LEE SZU HUAH
SETIAUSAHA SESI PETANG
PUTERI BALQIS BINTI ABDUL HALIM
BENDAHARI SESI PAGI
SITI NADIA BINTI SHAMSHER AHMAD
BENDAHARI SESI PETANG
NUR FARHANA BINTI SAMMUDIN
PENGAWAS PUSAT SUMBER SESI PAGI DAN PETANG
Barisan pengawas PSS SMKIE 2012.
ORGANISASI AJK KERJA PSS SMK IMPIAN EMAS
PENGERUSI
PN. HJH. MAZNAH BINTI OTHMAN
SETIAUSAHA
CIK NORHAMILA BINTI NORDEN
PERPUSTAKAAN BILIK SAL
PN HJH. ROBIAH BT YA’AKOB PN. SIH SIN EE
PN NURUL IZATI HANISA BINTI AHMAD PN. SUHAIRIAH BINTI SUDIRMAN
BILIK INTERVENSI MAKMAL KOMPUTER & PPSMI
CIK NORSALMIZA BINTI SABTO PN. LOO CHIEW HUI
PN. ISNI MIMIYANA BINTI
BORHAN
RAKAMAN ASTRO &
STUDIO IMPIANA TV PENDIDIKAN
CIK NORHASHILA BINTI MOHD SHUKEREE PN. YOGESWARI A/P VARTHARAJU
(GURU MUZIK)
SANGGAR BAHASA SUDUT BACAAN (DALAM KELAS)
1.PN. SITI NORRASIDAH BINTI AHMAD 1.PN.HJH. ZAIPAH BINTI ISMAIL
2.PN. CHRISTINA A/P SOWRIAPPAN 2.PN. TAN SWEE LIH
3.GURU TINGKATAN
PAPAN KENYATAAN
PENTADBIRAN - PN HJH. FATIMAH BINTI ABD HADI
AKADEMI - PN NORZILA BINTI HAMZAH
HEM - EN. SAIFUL AZIZI BIN MUHAMMAD YASSIN
KOKURIKULUM - TN HJ. MD RIDZUAN BIN MD NASIR
Saturday, 21 April 2012
NILAM-Nadi Ilmu Amalan Membaca.
PENGENALAN‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu.
NILAM merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca.
• Program ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan.
• Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.‘
PENDEKATAN
Pendekatan yang wajar diambil dalam pembinaan tabiat membaca mestilah berupa paksaan yang berterusan.
MATLAMAT NILAM
Matlamat program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca di kalangan murid-murid.
OBJEKTIF• Menjadikan murid-murid banyak membaca.
• Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovasi bagi menyemai tabiat membaca.
APA ITU NILAM?
Nadi Ilmu Amalan Membaca
Satu program yang menggabungkan atau mengadunkan semua aktiviti galakan membaca di sekolah dengan memberi ganjaran/ pengiktirafan.
PELAKSANAAN NILAM
1. Tahap/ Peringkat Pertama - Jauhari
• Semua murid diwajib mengikuti aktiviti galakan membaca yang dirancang sepanjang tahun.
• Diberi kemudahan meminjam buku dari PSS.
2. Tahap/ Peringkat Kedua - Rakan Pembaca (RP)
• Layak apabila telah membaca sekurang-kurangnya 100 buah buku.
• Mempunyai daya kepimpinan untuk menarik minat orang lain supaya membaca.
4Jadual dan cadangan permarkahan berdasarkan aktiviti:
Contoh:
• Bercerita 1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
• Baca Bersama 1 sesi x 3 pembaca = 3 markah
• Bicara Buku 1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
• Meminjam Buku 1 buku x 5 peminjam = 5 markah
18 markah
STRATEGI PELAKSANAAN
1. Taklimat Pengetua/ Guru Besar.
2. Penubuhan Jawatankuasa.
3. Mesyuarat/ Taklimat Jawatankuasa Bertindak.
4. Pengesanan & Penilaian Program.
5. Penyediaan Bahan.
6. Menentukan Peranan AJK
7. Pengumpulan Data.
8. Antara Aktiviti Yang Boleh Dijalankan:
- 10 minit bersama buku
- Bacalah sayang
- Membaca Secara Berpasangan
- Perbincangan buku
- Bicara Buku / Book Talk
9. Bilangan/ Jumlah Buku Yang DiBaca
- Dicatat ke dalam:
• Kad Rekod Kemajuan Murid
• Sijil Berhenti Sekolah
(Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12005 : Memantapkan Budaya Membaca di kalangan Murid Sekolah bertarikh 12 Mei 2005)
LAPORAN MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SESI 2012
1. Nama aktiviti:
Majlis watikah perlantikan Pengawas Pusat Sumber sesi 2012.
2. Sasaran:
62 orang Pengawas Pusat Sumber SMK Impian Emas sesi pagi dan sesi petang tahun 2012.
3. Tarikh:
27 Februari 2012 (Isnin)
4. Masa:
7.30 pagi semasa perhimpunan rasmi sekolah.
5. Ulasan:
Sebelum- Semua pengawas pusat sumber memberi kerjasama yang baik semasa latihan untuk majlis watikah perlantikan dan hadir untuk majlis raptai.
Semasa- Ada sebahagian pengawas pusat sumber yang tidak dapat hadir pada saat akhir serta ada yang hadir lewat pada majlis tersebut. Secara keseluruhannya, kerjasama antara pengawas dan guru-guru yang terlibat amat baik.
Selepas- Selepas majlis watikah, pengawas pusat sumber menjadi lebih bersemangat untuk bertugas, mungkin semangat diambil dari ikrar yang dibacakan semasa majlis watikah tersebut.
6. Kekuatan:
Kerjasama antara pengawas pusat sumber, mendengar arahan ketua pengawas dan guru dengan baik. Pengawas pusat sumber segak memakai uniform rasmi mereka dan mendapat tepukan gemuruh daripada pelajar-pelajar lain. Keberanian dan semangat mereka menjadi inspirasi pelajar lain.
7. Kelemahan:
Kelemahan dilihat dari segi kehadiran ke sekolah pada pagi majlis tersebut, kerana ada sebahagian yang hadir lewat.
8. Cadangan Memperbaiki:
Diharap pada tahun 2013, majlis watikah di atur dengan lebih baik. Diharap juga pengawas pusat sumber akan lebih berdisiplin pada masa akan datang.
9. Bahan bukti:
Isma Qamar Ammar iaitu Ketua Pengawas Pusat Sumber 2012,dan Lee Yong Kheng, Naib Pengerusi Pengawas PSS mengetuai bacaan ikrar Pengawas Pusat Sumber.
Sebahagian Pengawas Pusat Sumber melafazkan ikrar.
PERATURAN DI PSS SMKIE
PUSAT SUMBER SEKOLAH
- PSS hanya dibenarkan penggunaanya pada waktu P&P bagi matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris bagi Program NILAM
- Guru yang ingin membawa pelajar ke PSS hanya dengan tujuan pengajaran berfokus dibenarkan. (Penggunaan Bahan Bercetak dan Bahan Bukan Cetak)
- Waktu ketiadaan guru, guru ganti digalakkan membawa murid ke PSS untuk mencari maklumat atau menonton rakaman astro yang telah dirakam oleh guru PSS tetapi guru dikehendaki menempah waktu penggunaan lebih awal kerana dikhuatiri bertindan dengan waktu Program NILAM kelas lain.
- Program NILAM Pusat Sumber akan diseliakan sepenuhnya oleh guru-guru bahasa
- Buku NILAM pelajar hendaklah disemak oleh guru bahasa setiap bulan dan meletakkan semula buku NILAM pelajar di Rak Buku NILAM selepas disemak bagi memudahkan pengumpulan data NILAM setiap bulan oleh Penyelaras NILAM.
- Jadual Penggunaan PSS bagi program NILAM akan dikeluarkan oleh Guru Perpustakaan dan Media setiap bulan.
- Guru Bahasa melayu dan Bahasa Inggeris wajib membawa pelajar ke PSS untuk Program NILAM mengikut jadual yang telah diberikan oleh Guru Perpustakaan dan Media.
- Guru yang membawa pelajar ke PSS wajib memastikan pelajar tidak membuat bising, memasukkan kerusi di bawah meja selepas digunakan dan meletakkan buku yang telah dibaca di atas troli dan mengikut peraturan PSS yang lain.
- Guru-guru dikehendaki menempah waktu penggunaan PSS dan Bilik SAL/Astro lebih awal bagi mengelakkan pertembungan masa dengan kelas lain.
- Hanya 1 kelas sahaja dibenarkan menggunakan PSS pada satu-satu masa.
PROGRAM 1 MURID 1 BUKU (KEMPEN MENDERMA BUKU)
PENGENALAN
Kempen menderma buku di SMK Impian Emas sudah dimulakan pada tahun 2005 lagi. Tetapi ia terhenti untuk beberapa tahun. Jadi pada tahun ini digerakkan semula kempen menderma buku dengan program 1 Murid 1 Buku dengan harapan setiap pelajar di SMK Impian Emas sekurang-kurangnya dapat menyumbang sebuah buku kepada Pusat Sumber SMK Impian Emas. Memandangkan jumlah buku di Pusat Sumber masih belum mencapai nisbah 1 pelajar 20 buku, diharap dengan kempen ini dapat meningkatkan nisbah buku kepada pelajar dengan 1 : 15.
MATLAMAT
Menambahkan koleksi buku Pusat Sumber SMK Impain Emas untuk kegunaan pelajar.
OBJEKTIF
- Menggalakkan ibu bapa beramal melalui sumbangan buku-buku yang diber kepada pusat sumber sekolah
- Menambahkan bilangan koleksi buku-buku kepada ratio pelajar dan bilangan buku 1:15
- Menambahkan koleksi bacaan di perpustakaan setanding dengan penambahan bilangan murid di SMK Impian Emas.
- Menjadikan murid berasa bangga dengan sumbangan mereka untuk perkongsian ilmu.
SASARAN
- Semua pelajar SMK Impian Emas, Johor Bahru
STRATEGI PELAKSANAAN
- Membawa kertas cadangan untuk dibincangkan dan mendapat persetujuan Tuan Pengetua
- Mengumumkan Kempen kepada pelajar dan guru melalui perhimpunan
- Menggantung banner di luar sekolah agar ibu bapa maklum berkaitan ini
- Mengedarkan surat makluman lepada relajar untuk diserahkan lepada guru.
- Pelaksanaan program (kutipan buku)
JENIS BUKU YANG DIKEHENDAKI
1. Buku rujukan mata pelajaran peringkat menengah.
2. Buku Fiksyen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
3. Buku bacaan umum (ilmiah)
TARIKH PELANCARAN KEMPEN : 13 Februari 2012
TARIH KUTIPAN BUKU : 20 Februari 2012
PENGURUSAN : Diuruskan sepenuhnya oleh guru-guru Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber SMK Impian Emas 2012 dan Pengawas Pusat Sumber 2012
TEMPAT : 1. Dataran Perhimpunan SMK Impian Emas
2. Pusat Sumber Gedung Ilmu Ungku Aziz, SMK Impian Emas
PENUTUP
Diharap Kempen Menderma Buku ini mendapat sambutan semua pelajar dimana ia dapat meningkatkan nisbah bilangan buku dengan bilangan pelajar iaitu 1:20
Subscribe to:
Posts (Atom)







