Subscribe:

Saturday 21 April 2012

PENGENALAN BLOG PSS SMKIE

  1. PENGENALAN

Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik. Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk contohnya aktiviti PSS, Organisasi PSS, bahan-bahan baru PSS. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk kebanyakan blog.
Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.

  1. MATLAMAT

Matlamat utama meningkatkan kesedaran dan memupuk minat pelajar menggunakan IT sebagai satu cara menyebarluas maklumat berkaitan Pusat Sumber SMK Impian Emas. Dengan kaedah ini juga, maklumat yang dimuat di dalam blog dapat dikongsi dengan pengunjung.

       3.   OBJEKTIF

i. Membina Blog untuk Pusat Sumber SMK Impian Emas

ii.Menyebar luas maklumat berkaitan PSS untuk bacaan semua

iii. Melatih dan mendidik pelajar menggunakan IT .

  1. SASARAN PESERTA

Pelajar sesi pagi (Tingkatan 3, Tingkatan 4 dan tingkatan 5)

  1. TEMPOH

2 April 2012 hingga 27 April 2012


  1. TINDAKAN

  1. Mengadakan perbincangan dengan guru-guru PSS dan guru ICT
  2. Mengumumkan Pertandingan di tapak perhimpunan dan membuat iklan ditampal di kelas
  3. Mengedarkan borang penyertaan kepada pelajar yang berminat
  4. Memantau blog secara online bersama guru ICT
  5. Memilih blog yang terbaik
  6. Penyampaian hadiah
  7. Membuat laporan aktiviti


  1. PENUTUP

Kami berharap dengan adanya pertandingan Membina Blog Pusat Sumber SMK Impian Emas ini, maklumat berkaitan PSS dapat dicapai oleh semua guru, pelajar, dan ibu bapa. Selain dapat mencungkil bakat pelajar dalam bidang ICT.

0 comments:

Post a Comment